Thursday, December 10, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN. PERLU ATAU MAHU ?

Salam dan Selamat Sejahtera,
Hari ini saya memilih tajuk di atas kerana saya banyak memikirkan berkaitan dengan bagaimana dan apa mahu di buat untuk menyelesaikan masalah kewangan yang semakin meruncing. Cari punya cari, baca punya baca, macam –macam buku sudah dibeli, akhirnya dapatlah saya simpulkan dengan apa yang saya kutip sikit-sikit dari internet dan buku-buku yang telah dibaca.

Pertama sekali kita lihatlah dulu aliran tunai (cashflow) samada positif atau negatif. Adakah anda tahu status cashflow anda? Macam mana nak kira? Formulanya mudah aje tapi nak melaksanakannya memang susah. Formulanya :-
• Aliran tunai positif = Pendapatan melebihi perbelanjaan
• Aliran tunai negatif = Perbelanjaan melebihi pendapatan.
Cuba kira dan semak pendapatan dan perbelanjaan anda sekarang. Positif ke negatif? Sekiranya cashflow anda ngam2 aje, atau ada lebih sikit atau negatif, anda memang memerlukan perkara berikut :-
• mengurangkan perbelanjaan anda
• menambahkan pendapatan anda
• kedua-duanya sekali iaitu mengurangkan perbelanjaan anda dan dalam masa yang sama menambahkan pendapatan anda.
Peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan terbuka luas di hadapan anda, hanya di antara mahu dengan tidak sahaja.Adakah anda berasa selesa dengan keadaan sekarang yang mungkin dgn bantuan kad kredit atau dengan apa yang ada sekarang?

Apakah pekerjaan sampingan yang anda sanggup lakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan? Lihat sebahagian senarai kerja2 sampingan yang boleh anda lakukannya iaitu :-
• Perniagaan Internet – saya pernah buat
• Ejen insuran – dalam perancangan
• Ejen amanah saham – sila klik
• MLM (bukannya Meniaga Larut Malam ye!) – sila klik
• Overtime – jadi cikgu takde istilah overtime, semuanya secara ikhlas, ingat tu guru-guru dengan ikhlas. Baru boleh harta akhirat dan sangat sangat elok untuk kita yang bergelar guru.
• Bisnes kecil2an – ada buat, tapi takde website.
• Pandu teksi selepas kerja – tak terfikir ke situ lagi setakat ini.
• Jurugambar amatur – pernah terfikir
• dan banyak lagi..........

No comments: